by admin admin

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar kelengkapan kejuruteraan, MMIS Berhad menyasarkan menjana pendapatan RM5 juta daripada terbitan sahan baharu susulan cadangan penyenaraian syarikat itu di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia.

Ketua Kewangan Korporat MMIS, Dr. Jeffrey Chin Fook Kheong (dari kiri) bersama Pengarah Eksekutif MMIS, Low Oo Seng; Pengarah Urusan MMIS, Loh Chin Soon; Pengarah Eksekutif MMIS, Loh Chin Siang; Pengurus Operasi MMIS, Chew Lai Wei dan Pengarah Eksekutif Sierac Corporate Advisers Sdn. Bhd., Teh Sew Hong pada majlis pelancaran Memorandum Maklumat (IM) MMIS Berhad di Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Urusannya, Loh Chin Soon berkata, syarikat bercadang untuk menerbitkan sehingga 50 juta saham baharu pada harga 10 sen sesaham mewakili kira-kira 10 peratus daripada terbitan modal saham diperbesarkan.

Kata beliau, dariapada jumlah itu sebanyak RM2 juta akan digunakan untuk pengembangan modal, RM2 juta untuk modal kerja dan RM1 juta untuk perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

“Bagaimanapun, perolehan dana RM5 juta tersebut adalah berdasarkan senario maksimum. Bagi senario minimum, kami menjangkakan memperoleh RM2 juta yang mana RM1.1 juta untuk pengembangan modal dan selebihnya membayar belanja penyenaraian.”

Ia melibatkan terbitan 20 juta saham baharu,” katanya pada majlis pelancaran Memorandum Maklumat (IM) MMIS Berhad di sini hari ini

Post from Utusan Online